Sunday, February 13, 2011

Tafsir surah Al Baqarah ayat 8-16

Assalamualaikum;

Dalam ayat 8- 16 Surah Al Baqarah di kisah tentang orang (manusia) yang mengaku beriman kepada Allah dan percayakan hari akhirat; tetapi Allah menyatakan sebenarnya mereka tidak beriman dan seterusnya dalam ayat 11dinyatakan bahawa manusia-manusia berkenaan melakukan kerosakan di bumi tetapi merasakan bahawa mereka membuat kebaikan. Sungguhpun begitu Allah menyatakan mereka sebenarnya membuat kerosakan tetapi mereka tak sedar bahawa perbuatan mereka adalah merosakkan(ayat 12).

Timbul persoalan di fikiran saya siapa yang dimaksudkan Allah? Sekiranya perbuatan merosakkan bumi dimaksudkan ialah perbuatan merosakkan alam sekitar seperti menebang hutan, mengalir toksid dalam sungai semuanya disedari bahawa ianya merosakkan alam/bumi.

Baru-baru ini saya mengikuti kursus mengenai Organik dan seorang pengajar telah menghuraikan tentang kesan penggunaan baja/bahan kimia terhadap tanah. Dikatakan dengan penggunaan baja/bahan kimia telah menyebabkan sifat tanah telah berubah. Segala makhluk di dalam tanah yakni cacing, mikro organisma dan lain-lain dianggarkan lebih 200 juta makhluk mati.Kesannya, tanah menjadi padat dan setelah diuji,mendapati tanah tersebut amat lambat menyerap air berbanding tanah yang tidak dicemari dengan bahan kimia. Ini merupakan satu sebab banjir berlaku. Kalau dulu air hujan akan diserap dengan cepat tetapi kesan penggunaan bahan/baja kimia dan juga racun (rumput) menyebabkan air lambat terserap. Kalau dulu banjir akan segera surut tetapi kini mengambil masa berhari-hari untuk diserapkan.

Dihuraikan juga kesan penggunaan racun serangga telah menyebabkan bukan sahaja serangga tertentu sahaja terbunuh bahkan turut melibatkan semua serangga dan binatang (makhluk) yang lain. Ulat yang mati terkena racun akan dimakan oleh burung yang menyebabkan burung mati. Malah apabila ulat yang terkena racun itu diberi makan anak-anak maka bererti zuriatnya juga mati. Seterusnya apabila burung yang mati keracunan dimakan pula oleh ular atau pemangsa lain, maka pemangsa juga mati dan begitulah seterusnya.... malahan kesan racun juga tersimpan dalam produk tanaman dan manusia yang memakan turut teracun.

Apakah ini yang dimaksudkan sebagai perosak bumi tanpa disedari? yang merasakan bahawa menggunakan baja/bahan kimia dan racun adalah kebaikan demi menjaga/meningkat hasil... tanpa menyedari bahawa sebenarnya ia telah membunuh jutaan makhluk Allah di bumi yang bertasbih dan memuji Allah (An Nur ayat 41); dan telah membawa kesan yang lebih buruk secara berpanjangan berbanding kebaikan (jaga hasil) yang hanya untuk kepentingan untung biarpun menzalimi(merosakkan) yang lain. Dalam erti kata yang lain penggunaan bahan//baja & racun kimia telah merosakkan "eco system" yang telah ditentukan oleh Allah.

Pada masa sekarang baja organik yang dibuat daripada bahan-bahan semulajadi yang ada disekeliling manusia spt. rumput, daun kering dan lebihan makanan telah terbukti berkesan. Begitu juga adunan bahan-bahan semula jadi seperti serai wangi, daun mambu, ubi gadung telah terbukti boleh menjadi penghalau (tidak membunuh) serangga dan musuh tanaman.

Dalam keadaan sekarang dimana penggunaan baja/biokimia dan lain-lain yang disifatkan "saintifik" telah diterima sebagai amalan yang baik dalam pertanian; maka apabila disarankan agar digunakan bahan-bahan semulajadi yang disebutkan di atas demi kebaikan sesama makhluk dan lebih mendekati sifat manusiawi apakah agaknya respon orang ramai khususnya peladang (islam). Mungkinkah Kaedah penggunaan bahan semulajadi dianggap kolot dan bodoh? 

Rujuk ayat 13 berikutnya...Dan apabila dikatakan kepada mereka, berimanlah (mungkin tafsirnya percaya dengan kaedah/cara yang diridhai Allah yakni yang tidak merosakkan bumi) sebagaimana orang lain telah beriman (yang percaya dengan kaedah/cara yang diridhai Allah yakni yang tidak merosakkan bumi), mereka menjawab "apakah kami akan percaya seperti orang yang kurang akal (bodoh) itu percaya? Ingatlah sebenarnya merekalah orang yang kurang akal (bodoh) tetapi mereka tidak tahu.


.